Ledesma wira di hati penyokong

Ledesma wira di hati penyokong

Jeremias Ledesma memegang AED untuk membantu penonton yang mengalami serangan jantung ketika Cadiz menentang Barcelona dalam aksi La Liga di Stadium Nuevo Mirandilla, Cadiz semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Jeremias Ledesma mungkin gagal membantu pasukannya daripada dibelasah 0-4 oleh Barcelona pada saingan La Liga semalam, namun penjaga gol Cadiz itu dianggap wira selepas tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan nyawa penyokong.

Ledesma meluru mendapatkan perlatan peranti defibrilator luaran automatik (AED) yang terdapat di Stadium Nuevo Mirandilla bagi membantu penonton yang mengalami serangan jantung.

Perlawanan itu ditangguhkan kira-kira sejam selepas seorang penyokong tiba-tiba rebah di tempat duduknya, dan Ledesma mengambil tindakan pantas untuk membantu.

Dia mengangkat ibu jarinya ke arah penonton di belakang tiang gol tetapi selepas tidak menerima tindak balas positif, pemain berusia 20 tahun itu menyedari ada masalah besar.

Semua pemain dilihat berdoa di atas padang semasa rawatan diberikan kepada lelaki warga emas tersebut sebelum dibawa masuk ke bilik persalinan untuk menunggu keadaan selesai.

Presiden Cadiz, Manuel Vizcaino memberitahu radio Sepanyol bahawa peminat itu selamat dan sudah dibawa ke hospital.

Kejadian tersebut berlaku pada minit ke ke-81 ketika Barcelona sedang mendahului 2-0m, namun bersambung semula sejam kemudian dengan perlawanan berkesudahan memihak Barcelona 4-0. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN