KBS beri insentif tambahan buat Aaron, Wooi Yik

KBS beri insentif tambahan buat Aaron, Wooi Yik

AARON Chia (tengah) dan Soh Wooi Yik (dua, kiri) turut disambut oleh Ahmad Faizal Azumu (kiri) sebaik sahaja tiba di KLIA, Sepang dari Tokyo semalam. – UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan ganjaran khas bakal menanti Aaron Chia-Soh Wooi Yik atas atas kejayaan muncul juara dunia pertama Malaysia dalam badminton.

Beregu lelaki No. 1 negara itu menumbangkan pasangan berpengalaman Indonesia, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan 21-19, 21-14 dalam perlawanan akhir di Tokyo, Ahad lalu.

Kata Ahmad Faizal, dua wira negara itu wajar mendapat ganjaran lebih daripada yang diperuntukkan kepada mereka menerusi Skim hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) iaitu RM20,000 setiap seorang.

SEBAHAGIAN penyokong yang menunggu ketibaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik di KLIA, Sepang hari ini. – UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

“Kita merasakan ini adalah kejayaan pertama anak Malaysia dalam Kejohanan Dunia maka tentunya KBS (Kementerian Belia dan Sukan) akan memastikan ganjaran lain, selain skim Shakam yang mereka terima.

“Yang penting kita mahu ‘kaki mereka sentiasa di bumi dan terus mengejar bintang-bintang di langit’, selain berusaha dengan gigih untuk kita semua. Kita bukan nak mereka menang sekali tapi kita nak mereka menang berkali-kali.

“Bagaimanapun berapakah jumlah yang akan diterima mereka akan diumumkan kelak,” kata Ahmad Faizal ketika menyambut kepulangan Aaron dan Wooi Yik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  hari ini.

AARON-Wooi Yik menjawab soalan pemberita ketika tiba di KLIA. – UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

Ganjaran khas tersebut akan diserahkan kepada Aaron-Wooi Yik minggu hadapan dalam majlis meraikan kejayaan atlet yang menyinar pada Sukan SEA Vietnam dan Sukan Komanwel Birmingham tahun ini.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan badan induk itu akan memberikan ganjaran RM150,000 setiap seorang serta tambahan RM50,000 setiap seorang daripada pihak penaja, Yonex. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya