Jurulatih Sepanyol dikecam kerana 'pilih bulu'

Jurulatih Sepanyol dikecam kerana ‘pilih bulu’

REAKSI jurulatih Sepanyol, Luis Enrique ketika melihat pasukannya menentang Switzerland dalam saingan Liga Negara-Negara di Stadium La Romareda, Zaragoza semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZARAGOZA: Berang dengan kekalahan 1-2 Sepanyol kepada Switzerland dalam Liga Negara-Negara semalam, penyokong La Roja menyalahkan sikap pilih kasih jurulatih, Luis Enrique punca mereka dimalukan di laman sendiri.

Kekalahan itu menyukarkan peluang Sepanyol untuk ke ­sai­ngan playoff dan mereka wajib menewaskan Portugal yang hanya memerlukan seri pada aksi terakhir Kumpulan 2, Rabu ini.

Selepas Manuel Akanji membuka jaringan Switzerland pada minit ke-21, tiada satu pun percubaan dilancarkan Sepa­nyol sehinggalah Jordi Alba me­nyamakan kedudukan di minit ke-55.

Bagaimanapun tiga minit berselang, Breel Embolo menendang bola hasil sepakan penjuru yang terkena kaki ­pertahanan tuan rumah, Eric Garcia sebelum menerjah gawang.

Dia media sosial, penyokong Sepanyol menyelar ­Enrique kerana melebih­kan pemain Barcelona dalam pemilihan pasukan biarpun ada antara mereka tidak berada pada ­prestasi terbaik.

PEMAIN Sepanyol kecewa selepas gawang mereka dibolosi ketika tumpas 1-2 kepada Switzerland dalam aksi Liga Negara-Negara di Stadium La Romareda, Zaragoza semalam.

Enam pemain Barca berada dalam kesebelasan utama, termasuk Alba, Garcia dan Ferran Torres. Turut mendapat kepercayaan dan beraksi di bawah tahap sebenar Sergio Busquets, Pedri serta Gavi.

“Luis Enrique jelas pilih kasih terhadap pemain Barcelona. Dia tidak memanggil nama-nama seperti (Sergio) Ramos dan lihatlah apa yang dilakukan Pedri dan Gavi,” tulis pemilik akaun Dub di Twitter.

“Luis Enrique jurulatih kebangsaan paling berat sebelah pernah saya lihat. Mengapa tidak letak 11 pemain Barcelona dalam skuad” kata Duffy.

“Enrique bukan material pengurus antarabangsa. ­Pemilihan yang salah terlalu berat sebelah kepada Barcelona,” tulis seorang lagi penyokong.

“Enrique berat sebelah ­kepada Barcelona dan ia tidak menjadi,” kata peminat dengan akaun Bombo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya