JDT juara Piala FA, Johor cuti peristiwa esok

JDT juara Piala FA, Johor cuti peristiwa esok

PEMAIN JDT meraikan kejayaan muncul juara Piala FA selepas menumpaskan Terengganu FC dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - UTUSAN/SHIDDIQIEN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri mengumumkan cuti khas peristiwa esok sempena meraikan kejayaan pasukan j
Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA sebentar tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, perkara itu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang memutuskan untuk mengisytiharkan hari esok sebagai hari cuti khas.

Beliau berkata, pemberian cuti khas peristiwa ini sebagai tanda meraikan dan memberikan penghargaan kepada semua penyokong pasukan JDT yang telah memberikan sepenuh komitmen dan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada JDT dalam mengharumkan nama negeri ini.

“Menjunjung titah Sultan Ibrahim, memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad (11 September)
sebagai hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat Negeri Johor sempena kejayaan pasukan JDTmenjuarai Piala FA.

“Keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369],” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, skuad Harimau Selatan menjuarai Piala FA yang ketiga selepas menewaskan Terengganu FC 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dua jaringan oleh Bergson da Silva dan satu gol dijaringkan pemain sayap, Arif Aiman Hanapi  menghadiahkan trofi pertama buat pengendali, Hector Bidoglio yang menyertai pasukan, Julai lalu.

Kali terakhir JDT menjulang Piala FA ialah pada 2016 setelah memenanginya kali pertama pada 1998.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya