LONDON: Chelsea bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan penting 2-1 ke atas West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.
Aksi kompak The Hammers tidak membenarkan anak-anak buah Thomas Tuchel mencipta banyak peluang di babak pertama.
Kedua-dua pasukan juga tidak dapat melakukan rembatan ke sasaran sepanjang separuh masa.
West Ham bagaimanapun bernasib baik mengejutkan Blues pada minit ke-62 apabila Michail Antonio menghukum situasi kelam kabut di depan gawang lawan dengan melakukan tendangan jarak dekat.
WHAT. A. TURNAROUND! 🤩@WhaleFinApp | #CheWhu pic.twitter.com/8A3N6dmSIc
— Chelsea FC (@ChelseaFC) September 3, 2022
Kemasukan Ben Chilwell menukar corak permainan Chelsea dan bek kiri England itu meledak gol penyamaan dari sudut sukar pada minit ke-76, menewaskan penjaga gol lawan, Lukasz Fabianski.
West Ham terlepas peluang besar untuk kembali di depan apabila rembatan Maxwel Cornet terkena tiang ketika saingan berbaki empat minit.
Chilwell sekali lagi memainkan peranan penting apabila hantaran lintangnya disambar oleh Kai Havertz di dalam kotak penalti untuk gol kemenangan Blues, dua minit sebelum tamat permainan.
West Ham kemudian meledak lagi seminit kemudian menerusi Cornet tetapi dibatalkan oleh video bantuan pengadil (VAR) kerana penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy dikasari oleh Jarrod Bowen.
Kemenangan ketiga daripada enam perlawanan membolehkan Chelsea bangkit daripada kekalahan 2-1 kepada Southampton, Rabu lalu dan naik ke tangga kelima, manakala West Ham di tempat ketiga tercorot.
Three more points ✅
Onto the next one 😤
COME ON YOU SPURS!! pic.twitter.com/vwH10syHdQ
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) September 3, 2022
Dalam satu lagi perlawanan tumpuan, jaringan Pierre-Emile Hojbjerg dan Harry Kane membantu Tottenham mengalahkan Fulham 2-1.
Spurs kini menduduki tangga ketiga liga di belakang Arsenal dan Manchester City. -AGENSI