Boehly diselar dakwa Salah produk Akademi Chelsea

Boehly diselar dakwa Salah produk Akademi Chelsea

MOHAMED Salah gagal menyerlah ketika menyarung jersi Chelsea dari 2014 hingga 2016.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemilik Chelsea, Todd Boehly diselar selepas mendakwa Mohamed Salah adalah lepasan akademi bola sepak kelab London itu.

Mohamed Adel Fathi, iaitu Pengarah Al Mokawloon, kelab pertama yang disertai Salah berkata, kenyataan Boehly ‘menunjukkan dia kurang faham dan jahil’.

“Mohamed Salah adalah kebanggaan Kelab Al Mokawloon, bola sepak Mesir serta Arab. Kami berbesar hati dia salah seorang ‘anak’ kami.

“Seluruh dunia tahu kerjaya Salah dan bagaimana dia bermula dengan kami tetapi nampaknya pemilik Chelsea satu-satunya orang di dunia yang tidak mengetahui maklumat ini,” kata Fathi yang dipetik oleh GOAL.

Salah, 30, memulakan kariernya bersama Al Mokawloon yang berpangkalan di Kaherah selepas menghabiskan empat tahun di akademi kelab itu antara 2006 dan 2010.

MOHAMED Salah ketika beraksi bersama Al Mokawloon.

Penyerang Mesir itu bermain 38 perlawanan liga untuk mereka, menjaringkan 11 gol sebelum berpindah ke kelab Switzerland, Basel pada 2012.

Prestasinya cemerlang di Basel menyebabkan dia berpindah ke Chelsea pada 2014, ketika berusia 21 tahun.

Salah gagal membuktikan kemampuan di Chelsea dan akhirnya dipinjamkan ke kelab Serie A, Fiorentina dan Roma, dengan keduanya memilih untuk membelinya daripada Blues.

Semasa berada di ibu negara Itali, Salah menemui semula prestasi terbaik yang membolehkannya kembali ke Liga Perdana bersama Liverpool kendalian Jurgen Klopp.

Sejak berpindah ke Liverpool, Salah menjadi pemain paling prolifik pernah dilihat liga, menjaringkan 120 gol dalam 186 perlawanan serta memenangi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

Todd Boehly

Boehly membuat dakwaan itu di forum SALT di New York ketika memuji akademi kelab yang baru diambil alih kerana membangunkan bintang seperti Salah dan pemain antarabangsa Belgium yang juga produk akademi Genk, Kevin De Bruyne.

“Kami mempunyai salah satu akademi terbaik di dunia.

“Jika anda melihat apa yang telah dibangunkan oleh akademi kami, akademi kami ialah Mo Salah, Kevin De Bruyne. Baru-baru ini, Tammy Abraham, Reece James, Mason Mount, Trevoh Chalobah,” kata Boehly.

KEVIN de Bruyne juga tidak menyerlah ketika menyarung jersi Chelsea.

De Bruyne yang kini bintang besar di Manchester City, datang melalui sistem Akademi Genk di negara asalnya, Belgium dan bermain 113 kali untuk pasukan utama mereka sebelum Chelsea membelinya pada usia 20 tahun dengan harga 7 juta pound (RM36.24 juta) pada Januari 2012.

Seperti Salah, dia jarang bermain untuk kelab itu, hanya membuat sembilan penampilan pasukan utama, walaupun telah dipinjamkan ke Werder Bremen pada musim pertamanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya