Angkara Mbappe, Neymar nyaris dijual kepada City

Angkara Mbappe, Neymar nyaris dijual kepada City

HUBUNGAN Kylian Mbappe (kanan) dan Neymar tidak pernah baik biarpun PSG memulakan musim baharu dengan positif.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Hubungan dua peledak berbisa Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dan Neymar kembali bergolak apabila Mbappe menyarankan pengurusan kelab agar menjual Neymar kepada Manchester City.

Penyerang Brazil itu ditawarkan kepada City pada hari ter­akhir jendela perpindahan kelmarin, namun juara Liga Perdana Inggeris tersebut tidak berniat mendapatkannya kerana gembira dengan skuad yang ada.

Situasi ini menunjukkan betapa besar pengaruh Mbappe di Parc des Princes, terutama selepas penyerang Perancis berusia 23 tahun itu bersetuju memperbaharui kontrak pada musim panas ini walaupun terdapat minat daripada Real Madrid.

Bimbang dengan ‘pertembu­ngan ego’ berterusan, pengurus PSG, Christophe Galtier dikatakan menawarkan Neymar pada harga 200 juta pound (RM897 juta).

Masalah kedua-dua pemain telah dikesan oleh peminat sejak bulan lalu ketika menumpaskan Montpellier 5-2.

Kedua-dua penyerang dilihat bertengkar mengenai tugas mengambil penalti kerana Mbappe terlepas sepakan penalti sebelum ini.

“Saya masih mahu kekal di kelab. Setakat ini, kelab tidak memberitahu saya apa-apa, jadi saya tidak tahu apa rancangan mereka untuk saya,” ujar ­Neymar, 30.

Neymar mempunyai hubu­ngan rapat dengan Lionel Messi sejak mereka bergandingan di Barcelona, dan kerana itu Messi menunjukkan prestasi baik bersama PSG.

Begitupun Mbappe menjadikan suasana tidak harmoni dalam pasukan dan meminta pengurusan tertinggi memisahkan dua pemain tersebut pada hari ter­akhir perpindahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.