Andre ‘lupakan’ lompat jauh selepas menang emas Sukma

Andre ‘lupakan’ lompat jauh selepas menang emas Sukma

ANDRE Anura Anuar melakukan lompatan emas dalam lompat jauh pada Sukan Malaysia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas akhirnya memenangi pingat emas dalam percubaan ketiganya pada Sukan Malaysia (Sukma), Andre Anura Anuar mahu melupakan acara lompat jauh untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada saingan lompat kijang.

Dua kali gagal meraih emas pada temasya 2018 di Ipoh dan 2016 di Kuching, Andre gembira percubaan kali ketiga dan terakhir menghasilkan kejuaraan buatnya dalam lompat jauh.

Begitupun, sejurus tamat kemenangan, atlet Sabah itu berkata, dia mahu memberi sepenuh tumpuan kepada lompat kijang yang lebih menyerlahkan bakatnya, di mana dia meraih pingat emas pada Sukan SEA 2021 di Vietnam, Mei lalu.

ANDRE Anura Anuar bersama pingat emas yang dimenangi dalam lompat jauh.

“Saya sekadar menang pingat perak pada 2018 dan semasa di Kuching saya menamatkan aksi di tempat kelima.

“Saya tidak berada pada tahap terbaik kerana cedera ketika beraksi Sarawak,” katanya.

Andre menyempurnakan lompatan sejauh 7.40 meter (m) untuk meraih pingat emas, manakala pesaingnya dari Terengganu, Muhammad Shahrizal Nasharuddin Ishmad meraih perak (7.25m) dan Sunik Muslimin juga dari Sabah membawa pulang gangsa (7.24m).

“Saya menyertai lompat jauh pada Sukma kali ini hanya untuk suka-suka sahaja kerana fokus saya ialah kepada lompat kijang.

“Saya pun akhirnya dah menang emas dalam acara lompat jauh Sukma, jadi, untuk penyertaan saya di peringkat antarabangsa selepas ini ialah kepada lompat kijang sahaja,” ujarnya.

Andre yang merupakan pemegang rekod kebangsaan lompat kijang dengan catatan 7.90m memberitahu, keputusannya itu secara tidak langsung akan memberi laluan kepada Luqman Hakim Mohd. Ramlan dalam acara lompat jauh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.