50 bas, 40 kereta bawa penyokong JDT ke Bukit Jalil

50 bas, 40 kereta bawa penyokong JDT ke Bukit Jalil

AHLI Kelab Penyokong Bola Sepak Johor Darul Ta’zim berkumpul di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin semalam sebelum menyertai konvoi yang akan membawa mereka ke Bukit Jalil, Sabtu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Siapa kata penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah hilang keterujaan untuk menonton final Piala FA kerana pasukan mereka sudah terlalu banyak memenangi kejuaraan domestik?

Buktinya, 50 buah bas telah disediakan Kelab Penyokong JDT untuk membawa kira-kira 2,000 ahlinya bagi ‘menawan’ Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang menjadi medan tempur antara JDT menentang Terengganu FC, Sabtu ini.

Presidennya, Azman A. Jalil berkata, konvoi ke Bukit Jalil itu turut disertai kira-kira 40 buah kereta ahli-ahli yang lain bagi menghangatkan suasana pada perlawanan akhir itu.

Katanya, rutin kelab penyokong tertua di negeri itu setiap kali JDT beraksi di pentas final baik Piala FA mahupun Piala Malaysia sebagai tanda sokongan terhadap kelab yang dicintai.

“Kita telah menjadi pembakar semangat mereka sejak dari peringkat awal. Mustahil untuk kita melepaskan peluang ketika pemain kesayangan kita ini beraksi di pentas final.

“Sudah tentu kita akan memberikan sokongan yang jitu supaya pemain lebih bersemangat sepanjang 90 minit permainan.

“Kami meletakkan harapan yang tinggi buat pengendali baharu, Hector Bidoglio mampu menghadiahkan piala pertamanya bersama kelab bagi melengkapkan malam gemilang buat kami pada Sabtu ini,” katanya semalam.

Azman berkata, sejak pembelian tiket secara online dibuka, mereka sudah mula membeli tiket manakala sebahagian tiket diperuntuk oleh kelab tersebut.

Katanya, kesemua ahli yang terlibat akan berkumpul di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sebelum mula berkonvoi kira-kira pukul 8 pagi.

“Semalam, presiden kelab-kelab penyokong Harimau Selatan menyertai jamuan bersama pemain JDT yang turut disertai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

“Kami semua (kelab penyokong) sudah tidak sabar untuk membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini bagi menyaksikan pasukan kesayangan kami menjulang Piala FA.

“Kami merasa amat bersyukur dan terhutang budi dengan Tunku Ismail yang merevolusikan bola sepak Johor hingga menjadi kuasa besar di Malaysia dan dikenali di Rantau Asia,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya