'Saya tetap bangga berjaya dapat perak'

Tze Yong tetap bangga dapat pingat perak

NG Tze Yong (kanan) mengucapkan tahniah kepada pemain India, Lakshya Sen yang memenangi pingat emas perseorangan lelaki Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan untuk melihat perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong melakar kejutan membawa pulang pingat emas dalam penampilan pertamanya di Sukan Komanwel Birmingham tidak kesampaian apabila tewas kepada wakil India, Lakhsya Sen dalam perlawanan akhir sebentar tadi.

Tze Yong bermula dengan baik apabila mengungguli set pertama, namun lawan yang berada di kedudukan nombor 10 dunia tidak memberikan laluan mudah apabila bangkit untuk memastikan India memperoleh semula pingat emas acara perseorangan lelaki yang kali terakhir dimenangi negara itu pada 2014 di Glasgow menerusi Kashyap Parupalli.

NG Tze Yong terjatuh ketika cuba membalas pukulan Lakshya Sen di Birmingham hari ini. 

Begitupun perjalanan Tze Yong di Sukan Komanwel kali ini tetap boleh dibanggakan apabila langsung tidak diberikan harapan pada awalnya, namun dia membuktikan dirinya bukan penumpang apabila membantu Malaysia memenangi emas berpasukan campuran, selain menumbangkan dua nama besar, juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura serta bekas pemain No. 1 dunia, K.Srikanth dari India.

“Saya rasa tidak fikir terlalu banyak mengenai perlawanan tadi, hanya mahu capai satu mata demi satu mata, tetapi lawan nampak lebih baik daripada saya hari ini.

“Saya rasa bangga kerana dapat pingat perak, kerana ini adalah penampilan pertama saya dalam Sukan Komanwel dan saya harap dapat teruskan momentum ini.”

“Saya rasa yang nombor satu masih Lee Zii Jia, apa pun terima kasih untuk semua rakyat Malaysia yang menyokong saya,” jelas Tze Yong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.