Tuchel berang pertahanan Chelsea 'lembik'

Tuchel berang pertahanan Chelsea ‘lembik’

THOMAS TUCHEL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Thomas Tuchel berang dengan aksi rapuh yang dipamerkan Chelsea ketika kalah 2-1 kepada Southampton dan menuntut pemainnya tampil lebih kuat selepas ini.

Blues mengalami kekalahan kedua dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini apabila tumpas di tangan Southampton di St Mary’s awal pagi tadi.

Biarpun mendahului 1-0 menerusi jaringan Raheem Sterling pada minit ke-23, namun Blues mensia-siakan banyak peluang pada babak pertama.

Romeo Lavia menyamakan kedudukan pada minit ke-28 iaitu gol pertamanya bersama Southampton selepas Chelsea gagal mengeluarkan bola sepakan penjuru.

Adam Armstrong meletakkan Southampton di depan sejurus sebelum rehat apabila  memanfaatkan hantaran Romain Perraud untuk menewaskan penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy.

Chelsea yang tewas 3-0 di Leeds dalam perlawanan di tempat lawan sebelum ini, gagal bangkit selepas rehat dan mencatat kekalahan kedua dalam tiga aksi terakhir mereka.

“Kami lembik, lembik, pertahanan yang lembik. Tidak perlu memberikan lawan peluang,” kata pengendali Chelsea, Tuchel. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN