Tiga tonggak Gunners sedia membedil

Tiga tonggak Gunners sedia membedil

MIKEL Arteta memberi arahan kepada pemainnya dalam sesi latihan menjelang pertemuan menentang Leicester City.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal mendapat to­nik tambahan menjelang pertemuan menentang Leicester City di Emirates hari ini apabila bakal mendapat khidmat tiga tonggak, Emile Smith Rowe, Takehiro Tomiyasu dan Kieran Tierney yang pulih daripada kecederaan.

Kelibat pemain tengah, Fabio Viera, 21, bagaimanapun belum dapat dipastikan biarpun dia sudah menunjukkan tanda positif daripada keretakan tapak kaki sejurus dibeli Arsenal daripada Porto Jun lalu.

Arsenal memulakan kempen Liga Perdana Inggeris musim ini dengan cemerlang apabila membenam Crystal Palace 2-0 di Selhurst Park minggu lalu.

“Tiga daripada empat pemain ini akan menjalani latihan bersama pasukan, dan jika segalanya berjalan lancar, mereka bersedia untuk disenaraikan.

“Fabio mungkin memerlukan masa lebih lama, sekurang-kurangnya seminggu dua lagi sebelum menyertai pasukan.

“Ketika ini dia berusaha keras dalam sesi rawatan,” kata pe­ngendali Arsenal, Mikel Arteta.

Tierney turun beraksi minggu lalu sebagai pemain gantian, dan itu memberi pilihan buat Arteta yang kini mempunyai dua pemain berkualiti di posisi bek kiri, selain Oleksandr Zinchenko.

Begitu juga pertahanan ken­tal Jepun, Tomiyasu yang ­disahkan pulih daripada kecederaan hamstring dan sudah boleh beraksi.

Arteta meletakkannya ­ber­­sama skuad bawah 21 tahun Arsenal minggu lalu bagi mendapatkan rentak di atas padang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya