Ten Hag baru tahu 'realiti sebenar' Manchester United

Ten Hag baru tahu ‘realiti’ sebenar Manchester United

ERIK Ten Hag (kanan) memberi arahan kepada pemainnya ketika menentang Brighton di Old Trafford, malam tadi. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Erik ten Hag mengakui, tugas sukar menantinya selepas Manchester United memulakan kempen musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kekalahan 1-2 kepada Brighton di laman sendiri  malam tadi.

Dua jaringan Pascal Gross memberikan kemenangan pertama buat Brighton di Old Trafford dalam tempoh 113 tahun.

Ten Hag yang mengendalikan Red Devils dalam aksi liga buat kali pertama menyalahkan kesilapan benteng punca kekalahan dan menegaskan masalah pasukan sukar diselesaikan dalam tempoh singkat.

United diejek ketika rehat dan selepas tamat babak kedua walaupun anak buah Ten Hag menunjukkan peningkatan.

MASKOT Red Devils juga kecewa dengan kekalahan Manchester United.

“Satu tugas yang amat sukar. Ia sangat mengecewakan dan kami perlu segera menangani keadaan ini.

“Saya tidak berpuas hati kerana kami tewas dan ia tidak sepatutnya berlaku. Kami patut bermain dengan lebih baik.

“Kami melepaskan dua gol mudah. Pemain perlu belajar daripada kesilapan dengan pantas.

“Kami tiada masa dan perlu melakukannya dengan cepat,” kata Ten Hag yang turut mempertahankan keputusan tidak meletakkan Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama.

CRISTIANO Ronaldo (dua tengah, dua dari kanan) dibawa masuk dari bangku simpanan.

Bekas bos Ajax itu meletakkan Christian Eriksen untuk menerajui jentera serangan selepas Anthony Martial tidak dapat bermain kerana kecederaan.

United tampil lebih bertenaga selepas kemasukan Ronaldo pada minit ke-52 dan mereka merapatkan jurang menerusi jaringan sendiri Alexis MacAllister.

“Cristiano baru 10 hari berlatih dan ia terlalu singkat untuk bermain 90 minit penuh. Anda tidak boleh memaksanya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya