Skuad catur sapu bersih empat emas di AUG 2022

Skuad catur sapu bersih empat emas di AUG 2022

MOHAMAD Ezmi (tengah) bersama atlet catur negara yang berjaya meraih empat emas di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UBON RATCHATHANI: Skuad catur negara di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 mencipta kejutan apabila berjaya membolot kesemua empat pingat emas yang ditawarkan dalam acara tersebut di temasya dwitahunan itu.

Dua pingat emas skuad catur hadir menerusi Navaratnam Rohan Shan Tze dalam acara individu lelaki, Tan Li Ting dalam individu wanita manakala dua lagi pingat emas menerusi cara berpasukan lelaki dan berpasukan wanita.

Lebih manis, skuad catur yang dibimbing Mohamad Ezmi Mohamad turut membawa dua pingat perak menerusi Aminudin Muhd. Fakeh dalam acara individu lelaki dan Chua Jia Tien bagi individu wanita.

“Alhamdulillah kita berjaya melakukan yang terbaik di AUG kali ini dan kesemua atlet yang terlibat memberikan komitmen 100 peratus kepada pasukan dengan mengekalkan penguasaan sejak hari pertama acara catur membuka tirai.

“Peluang untuk sapu bersih empat pingat emas yang ditawarkan dalam acara catur sudah diketahui lebih awal berdasarkan prestasi cemerlang atlet di peringkat permulaan dan mereka tenang dan fokus sehingga hari terakhir.

“Ini adalah skuad kedua kerana pasukan utama dihantar ke India untuk Chess Olympiad 2022. Kita memanfaatkan sebaik mungkin ‘peluru’ yang ada ini dan ianya berhasil apabila mereka memberikan sinar emas buat negara,” kata Mohamad Ezmi.

AKSI atlet negara dalam acara catur di AUG 2022.

Sementara itu, Li Ting berkata, dia gembira dapat menghadiah emas buat kontinjen negara dan berharap akan dapat bersaing di peringkat tertinggi lagi selepas ini untuk mengharumkan nama negara.

Sebagai rekod, Li Ting yang merupakan penuntut di Universiti Multimedia, pernah memenangi dua pingat emas dalam kategori individu dan berpasukan wanita pada edisi 2018 di Nay Pyi Daw, Myanmar.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya