Rachel, Aifa bawa pulang pingat gangsa

Rachel, Aifa bawa pulang pingat gangsa

CHAN Yiwen (depan) dan Ainaa Ampandi (dua, kiri) ketika menentang rakan senegara, Rachel Arnold (kiri) serta Aifa Azman dalam perebutan pingat gangsa Sukan Komanwel 2022 di Birmingham hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gandingan Rachel Arnold-Aifa Azman memastikan pingat gangsa menjadi milik mereka selepas menewaskan rakan senegara, Chan Yiwen-Ainaa Amani Ampandi dalam perebutan gangsa Sukan Komanwel 2022 di Pusat Skuasy dan Hoki Universiti Birmingham, England, hari ini.

Rachel-Aifa menepati sasaran untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat selepas melakar kemenangan straight-set 11-3, 11-9 ke atas Yiwen-Ainaa.

Malaysia sebelum itu sudahpun memahat sejarah berjaya melayakkan diri ke saingan separuh akhir beregu wanita buat kali pertama sejak skuasy diperkenalkan pada temasya Kuala Lumpur 1998.

Lebih istimewa lagi, bukan satu tetapi dua pasangan negara berjaya menempatkan diri ke separuh akhir sebelum kalah kepada lawan yang lebih berpengalaman.

Sementara itu, bagi perebutan gangsa dalam saingan beregu lelaki, gandingan, Ng Eain Yow-Ivan Yuen gagal mengekang kemaraan pilihan kedua, Greg Lobban-Rory Stewart dari Scotland apabila tewas 10-11, 6-11.

NG Eain Yow (dua, kanan) dan Ivan Yuen menentang beregu Scotland, Greg Lobban (dua, kiri) dan Rory Stewart dalam perebutan pingat gangsa Sukan Komanwel di Birmingham hari ini. – AFP

Sekalipun gagal memenangi sebarang pingat, Eain Yow dan Ivan turut memperbaiki pencapaian beregu lelaki negara pada temasya itu apabila berjaya melangkah sehingga ke separuh akhir.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam aksi beregu lelaki sebelum ini ialah mara ke suku akhir pada temasya empat tahun lalu menerusi gandingan Eain Yow-Muhammad Syafiq Kamal di Gold Coast, Australia.

Bagi aksi perebutan pingat emas, juara bertahan, Joelle King-Amanda Landers-Murphy dari New Zealand menewaskan pasangan tuan rumah, Sarah-Jane Perry-Alison Waters menerusi kemenangan straight set 11-8, 11-8.

Dalam pada itu, untuk aksi final beregu lelaki pula, pertembungan sesama sendiri melibatkan dua pasangan England berkesudahan pilihan pertama, James Willstrop-Declan James mengalahkan Adrian Waller-Daryl Selby 11-3, 7-11, 11-9. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.