PSM Makassar tuntut layanan adil

PSM Makassar tuntut layanan adil

BERNARDO Tavares (kiri) bersalaman dengan Bojan Hodak dalam sidang akhbar menjelang final Piala AFC zon Asean di Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Di sebalik krisis penggantungan beberapa tonggak ekoran layangan kad merah, PSM Makassar mengharapkan tiadanya layanan kelas kedua daripada pengadil buat pasukannya apabila berdepan Kuala Lumpur City (KL City) dalam final Piala AFC zon Asean malam ini.

Mengakui kecewa perlawanan besar itu diadakan di tempat lawan iaitu Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pengendali Makassar, Bernardo Tavares turut berharap pasukannya tidak ditimpa malang sama ketika menyingkirkan Kedah Darul Aman (KDA FC) pada separuh akhir.

Dua pemain pertahanannya, Yuran Fernandes dan Agung Mannan digantung setelah menerima kad merah ketika menentang Kedah, 9 Ogos lalu.

AKSI tegang menentang Kedah pada 9 Ogos lalu menyebabkan dua pemain PSM Makassar dilayangkan kad merah.

“Ini perlawanan besar dan sebab itu saya sedikit kecewa kerana ia dilangsungkan di Kuala Lumpur.

“Saya tidak menentang KL City atau AFC tetapi kenapa sekali lagi main di Malaysia? Jika tidak boleh diadakan di Indonesia, kenapa tidak pilih tempat lain.

“Saya minta biarlah 11 lawan 11, KL City lawan PSM Makassar dan saya tidak mahu kita lawan ‘dua pasukan’.

“Jika saya adalah pengadil perlawanan malam ini, kalau apa-apa jadi adakah saya akan beri kad kuning atau merah kepada pemain KL City? Sudah pasti saya akan fikir dua kali.

PEMAIN PSM Makassar menjalani latihan. – IHSAN PSM MAKASSAR

“Jadi saya hanya minta pengadil buat kerja secara adil. Jika kami kalah biarlah ia tanpa ada bantuan lain (kepada KL City) kerana saya mahu menamatkan perlawanan dengan rasa puas melihat pemain lakukan segala-galanya,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Pada aksi pertama di peringkat Kumpulan H, KL City dan PSM Makassar menamatkan perlawanan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN