PSG burukkan lagi situasi Manchester United

PSG burukkan lagi situasi Manchester United

MARCUS Rashford (kanan) berpeluang untuk bergandingan dengan Kylian Mbappe jika menerima tawaran PSG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Selepas memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan langkah sumbang, Manchester United menerima satu lagi perkhabaran membimbangkan menjelang kunjungan ke Brentford esok apabila pe­nyerang mereka, Marcus Rashford dipancing oleh kelab kaya Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

United yang sudahpun berdepan masalah di bahagian serangan bakal menerima tamparan hebat jika Rashford menyertai PSG, yang menjanjikan tiket untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara, selain mampu menawarkan gaji ­lebih lumayan.

Menurut akhbar Britain dan Perancis, PSG sudah menghubungi pemain berusia 24 tahun itu untuk menawarkannya peluang bergandingan dengan Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe musim ini.

Akhbar sukan Perancis, L’Equipe mendakwa rundingan telah dimulakan dengan wakil Rashford biarpun PSG tidak menghubungi United.

DAPAT bergandingan dengan Lionel Messi mungkin peluang yang sukar ditolak Rashford.

Pemain antarabangsa England itu boleh mengisi kekoso­ngan Arnaud Kalimuendo yang meninggalkan PSG untuk ke Rennes, manakala Mauro Icardi juga dijangka keluar dari Paris pada hujung bulan depan.

Menurut akhbar tersebut, rundingan berjalan ‘positif’ antara wakil Rashford dan PSG, namun ia masih di peringkat awal.

“Kami mahu seorang lagi penyerang. Dengan jadual padat, kami mahukan ketibaan pemain baharu secepat mungkin.

“Kelab sedang bekerja (mendapatkan pemain), saya berhubung terus dengan (penasihat bola sepak) Luis Campos. Luis berhubung pula dengan presiden kami (Nasser Al-Khelaifi).

“Kami tidak boleh membuat sebarang kesilapan. Adakah pemain ini akan tiba? Kami tidak tahu, namun dia pasti akan memberi kelebihan buat pasukan,” kata pengurus PSG, Christophe Galtier.

MARCUS Rashford menjalani latihan bersama pasukan di Carrington semalam dalam persiapan menghadapi Brentford esok.

Minggu lalu, United memulakan kempen Liga Perdana dengan kekalahan 1-2 kepada Brighton di Old Trafford.

Pengendali baharu Red ­Devils, Erik Ten Hag tidak meletakkan Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama, sebaliknya Rashford digandingan bersama pendatang baharu, Christian Eriksen dan Jadon Sancho.

Satu lagi kekalahan pasti sukar diterima, malah Brentford bukan lawan mudah kerana mereka telah mengumpul 22 mata sejak Mac lalu dan berjaya mengikat Leicester City 2-2 pada aksi pembukaan musim baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya