Pemenang dua emas Komanwel mahu fokus kepada pelajaran

Pemenang dua emas Komanwel mahu fokus kepada pelajaran

NG Joe Ee (kiri) dan Izzah Amzan bergambar bersama pingat yang dimenangi di Birmingham sebaik sahaja tiba di KLIA, Sepang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Selepas melakar sejarah sebagai gimnas Malaysia pertama memenanvgi dua pingat emas individu dalam Sukan Komanwel, Ng Joe Ee mahu kembali menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.

Baru berusia 16 tahun, Joe Ee menegaskan, dia perlu mengimbangi antara pelajaran dan latihan biarpun bakal menghadapi temasya lebih besar, Sukan Asia di China tahun depan.

Menurut pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri Titiwangsa itu, buat masa ini dia akan berehat beberapa sebaik sahaja kembali dari Birmingham semalam, dan akan kembali meneruskan latihan di bawah dua jurulatih dari Rusia, Yulia Ivanova serta Udia Legotina.

Sama ada akan beraksi pada Kejohanan Gimnastik Antarabangsa di Sofia, Bulgaria bulan depan, ia belum diputuskan.

“Selepas ini saya mahu tumpu kepada pelajaran pula sebab tahun hadapan saya akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jadi perlu beri tumpuan lebih sebab sudah setengah tahun fokus kepada sukan.

“Saya amat gembira memenangi dua pingat emas sebab ini pengamalan pertamaSukan Komanwel. Terima kasih kepada kedua-dua jurulatih (Yulia dan Udia), Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN), keluarga dan rakan-rakan atas sokongan tanpa henti,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Sabtu lalu, Joe Ee menghadiahkan emas kelima kontinjen negara dalam aparatus bola dan beberapa jam kemudian, dia melengkapkan sasaran enam emas Malaysia apabila menjuarai saingan riben.

Gimrama turut meraih satu pingat gangsa menerusi Izzah Amzan dalam acara belantan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya