Pemain United sudah muak dengan Ronaldo

Pemain United sudah muak dengan Ronaldo

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain-pemain Manchester Uni­ted dilaporkan sudah muak dengan sikap Cristiano Ronaldo.

Ramai pemain lebih suka dia meninggalkan Old Trafford daripada membiarkan masalah di antara kelab dan bintang Portugal itu berte­rusan.

Beberapa pemain dikatakan mula hilang sabar dengan sikap penyerang itu yang sering memberontak kerana keinginan untuk meninggalkan pasukan.

“Dia sudah mula menimbulkan kemarahan dalam kalangan ramai pemain sekarang.

“Dia mempunyai klik dalam kem United tetapi ramai yang mulai bosan dengan cara dia menangani masa depannya,” kata sumber dalaman kelab.

ERIK TEN HAG

Ronaldo mahu meninggalkan Old Trafford hanya 12 bulan selepas membuat kepulangan.

Pemain itu percaya dia mempunyai perjanjian yang membenarkannya meninggalkan kelab jika mereka gagal ke Liga Juara-Juara.

Ejennya, Jorge Mendes menggesa Ketua Eksekutif, Richard Arnold meletakkan harga untuk Ronaldo, namun pemilik kelab, Glazers enggan melepaskannya.

Dia tidak turut serta dalam aksi jelajah pramusim dengan alasan keluarga.

Ronaldo juga meninggalkan padang sebelum tamat perlawanan persahabatan menentang Rayo Vallecano, bulan lalu.

Pengurus baharu, Erik Ten Hag membidas tindakan ­Ro­naldo yang dianggap melampau dan dia disisihkan daripada ke­sebelasan utama ketika Uni­ted kalah 1-2 kepada Brighton dalam aksi sulung Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya