Pandelela janji bangkit dalam acara berpasangan

Pandelela janji bangkit dalam acara berpasangan

AKSI Pandelela Rinong ketika bersaing dalam acara 10m platform individu pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegagalan Datuk Pandelela Rinong menaiki podium selepas mempamer aksi hambar dalam final 10 meter (m) platform individu wanita semalam mengecewakan ratu terjun negara itu, namun ia tidak mematahkan sema­ngatnya untuk meneruskan misi memburu emas Sukan Komanwel 2022.

Biarpun menghuni tangga ke-11 daripada 12 peserta akhir, berita baik­nya, Pandelela tidak berdepan kecederaan, sebaliknya aksi buruk di Birmingham hanya di­sebabkan keletihan, ‘jetlag’ dan prestasi tidak menjadi.

Kata pemilik dua pingat Sukan Olimpik itu, dia bersedia bangkit dalam dua lagi acara yang bakal disertai iaitu 10m platform seirama wanita bersama Nur Dhabitah Sabri
yang merupakan sasaran emas Malaysia, selain 10m platform seirama campuran bergandingan dengan Jellson Jabilin.

“Lompat tak baik sa­ngat, sedikit sedih kerana tidak buat seperti biasa. Kami datang ke sini agak terkejar-kejar, jadi ada sikit ‘jetlag’ and penat,” katanya.

Pandelela, 29, juga mengakui, cabaran Sukan Komanwel kini semakin sukar kerana kebanyakan penerjun sudah menunjukkan peningkatan, terutama peserta tuan rumah, Andrea Sirieix dan Lois Mae Toulson yang menguasai kedudukan 1-2.

Pandelela yang memenangi gangsa 10m platform individu dunia bulan lalu hanya mengumpulkan 260.90 mata selepas mengutip 63.00 mata pada terjunan pertama, diikuti 66.7 mata.

Terjunannya menurun dengan 52.80 mata, 33.60 dan mengakhiri saingan dengan 44.80 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya