MFL salur RM100,000 bantu Sarawak United

MFL salur RM100,000 bantu Sarawak United

MFL menyalurkan RM100,000 untuk membantu meringankan pasukan Sarawak United yang berdepan isu tunggakan gaji.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagi meringankan beban pemain dan pegawai Sarawak United yang sudah empat bulan tidak menerima gaji, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menyalurkan sejumlah RM100,000 kepada kelab Liga Super itu.

Menurut Presiden MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL ke-4 Penggal 2021-2025 semalam.

“Berdasarkan laporan yang MFL terima daripada PFAM (Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia), barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL semalam bersetuju sebulat suara mengambil tindakan segera memotong dana hak penyiaran Sarawak United RM100,000 untuk disalurkan kepada pemain dan pegawai yang mengalami masalah tunggakan gaji.

“Pembayaran kepada pemain Sarawak United FC yang terlibat akan disalurkan oleh PFAM,” kata MFL dalam satu kenyataan hari ini.

Disebabkan isu gaji, Sarawak juga berdepan ancaman digugurkan daripada saingan Piala Malaysia jika gagal melunaskan gaji pemain dan pegawai 14 hari dari sekarang.

“MFL memandang serius isu tunggakan gaji melibatkan Sarawak United dan mengarahkan pasukan itu menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh 14 hari berkuatkuasa hari ini (semalam).

“Seandainya gagal berbuat demikian, tindakan susulan akan diambil di mana kemungkinan slot bertanding dalam Piala Malaysia tahun ini tidak akan diberikan,” kata MFL. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN