Messi tersisih daripada 30 calon anugerah Ballon d'Or

Messi tersisih daripada 30 calon anugerah Ballon d’Or

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Prestasi suram pada musim pertama bersama Paris Saint-Germain (PSG) menyebabkan Lionel Messi tersisih daripada senarai 30 calon anugerah Ballon d’Or.

Messi memegang rekod pemenang terbanyak anugerah berprestij dalam bola sepak itu dengan tujuh trofi, termasuk tahun lalu.

Penyerang Argentina tersebut sentiasa berada dalam senarai calon sejak 2006 dan selalu berada dalam kelompok tiga terbaik sejak 2007 kecuali pada 2018.

Bagaimanapun Messi, 35, tidak tersenarai pada 2022 selepas berpindah dari Barcelona ke ibu kota Perancis itu.

Perubahan format juga tidak membantu bekas bintang Barcelona tersebut selepas anugerah Ballon d’Or tidak lagi mengambil kira pemain terbaik dalam kalendar tahunan.

Turut ‘hilang’ daripada senarai pencalonan kali ini adalah rakan sepasukan Messi yang juga penyerang Brazil, Neymar.
Penyerang Real Madrid, Karim Benzema kini menjadi pilihan untuk memenangi anugerah berprestij itu selepas membawa pasukannya muncul juara Liga Juara-Juara dan La Liga.

Penganjur Ballon d’Or menetapkan bahawa anugerah itu akan dilangsungkan di Paris pada 17 Oktober.

Lucy Bronze, yang juga naib juara pada 2019, ialah seorang daripada tiga anggota skuad England yang menjuarai Kejohanan Eropah (Euro) disenarai pendek untuk kategori wanita. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya