Masalah Manchester United tak boleh selesai cepat

Masalah Manchester United tak boleh selesai cepat

ERIK Ten Hag (kanan) memberi arahan kepada pemainnya ketika menentang Brighton di Old Trafford, malam tadi. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengendali baharu Manchester United, Erik ten Hag mula merasai tekanan Liga Perdana Inggeris (EPL) ekoran kekalahan 1-2 kepada Brighton dalam aksi pembukaan di laman sendiri kelmarin.

Begitupun, Ten Hag menggesa penyokong United agar tidak mengharapkan penyelesaian segera selepas kekalahan ‘ngeri’ itu.

Ini adalah kali pertama mereka kalah kepada ­Brighton di Old Trafford dalam tempoh 113 tahun.

Kini Ten Hag berdepan tugas sukar dan sukar untuk memastikan reputasinya dan jangkaan dari peminat Red Devils berjaya dilaksanakan.

“Ia adalah pekerjaan yang sukar. Kami mengalami satu kemunduran, dan itu amat mengecewakan.

“Saya tidak berpuas hati, sama sekali kerana kami kalah dan ia tidak sepatutnya berlaku.

PEMAIN Brighton, Pascal Gross meraikan jaringannya.

“Kami patut melakukan perkara yang lebih baik.

“Kami memberikan dua bola mudah kepada lawan, satu kesilapan besar. Pemain perlu mengambil pengajaran dan belajar dengan cepat daripada­nya,” ujar Ten Hag.

Red Devils dicemuh pada separuh masa pertama, namun babak kedua memperlihatkan corak permainan berbeza ­dengan kemasukan Cristiano Ronaldo.

Bekas bos Ajax itu memilih Christian Eriksen ­untuk mengetuai barisan depan de­ngan Anthony Martial yang tidak diturunkan ekoran kecederaan.

United bertambah baik selepas Ronaldo masuk pada minit ke-52 dan mereka membalas satu gol menerusi jaringan sendiri Alexis MacAllister.

“Ia adalah permulaan mimpi buruk dan paling teruk untuk ketinggalan 2-0 pada separuh masa.

“Keputusan ini pastinya satu kemerosotan, benar-benar mengecewakan dan kami perlu menanganinya,” jelas kapten United, Harry Maguire. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya