Mane belum setanding Lewandowski

Mane belum setanding Lewandowski

SADIO MANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Bintang Bayern Munich, Thomas Mueller menyifatkan Robert Lewandowski sebagai ‘rakan sepasukan dalam kerjayanya’, namun percaya Sadio Mane juga mampu memberikan impak sama.

Selain Lewandowski, pe­nyerang veteran itu turut mempunyai beberapa ‘rakan sepasukan’ seperti Manuel Neuer, Arjen Robben, Philipp Lahm dan Bastian Schweinsteiger.

“Dia (Lewandowski) pemain yang menakjubkan, kami telah bersama untuk tempoh lama dan dia peledak menakjubkan sepanjang kami bersama.

“Sadio Mane pula lelaki hebat, itu jelas. Dia benar-benar mempunyai sesuatu dalam dirinya apabila ia datang ke kelab ini,” katanya ketika mengulas kehadiran gandingan barunya itu dari Liverpool.

Lewandowski meledak 344 gol dalam 375 penampilan sepanjang lapan tahun bersama kelab gergasi Jerman itu.

Mane menyertai Bayern selepas menerusi perpindahan bernilai 35 juta pound (RM188.93 juta) dari Liverpool dengan ­kontrak tiga tahun.

Penyerang Senegal itu memulakan karier di Bayern dengan cemerlang apabila meledak gol ketika membantu mereka menjulang Piala Super Jerman, menewaskan RB Leipzig 5-3, Ahad lalu.

Dia turut menjaringkan gol pertama dalam Bundesliga ketika Bayern membelasah Eintracht Frankfurt 6-1 kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya