Malaysia gagal ke separuh akhir Kejuaraan AFF B-16

Malaysia gagal ke separuh akhir Kejuaraan AFF B-16

AKSI pemain Malaysia ketika menentang Australia dalam perlawanan Kumpulan C, Kejuaraan AFF B-16 di Sleman, Indonesia hari ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat Malaysia untuk melangkah sekurang-kurangnya ke separuh akhir Kejuaraan AFF bawah 16 tahun (B-16) tidak kesampaian selepas diikat 2-2 oleh Australia di Sleman, Indonesia hari ini.

Malaysia yang wajib menang untuk mengungguli Kumpulan C selaku juara tidak layak ke separuh akhir apabila format kejohanan hanya membenarkan juara daripada tiga kumpulan untuk mara ke peringkat kalah mati itu.

Malah, satu slot buat naib juara terbaik juga gagal diraih skuad negara, sekali gus terpaksa melepaskan kejuaraan itu.

Anak-anak buah Osmera Omaro menamatkan saingan Kumpulan C di kedudukan kedua dengan mengumpul lima mata hasil satu kemenangan serta dua seri.

Myanmar yang menumpaskan Kemboja 1-0 sebaliknya menempah tiket separuh akhir selaku juara kumpulan.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Maguwoharjo itu, Malaysia ketinggalan seawal minit ke-17 selepas Ayman Gulasi meledak gol pertama untuk meletakkan Australia di depan.

Begitupun, skuad kendalian Osmera Omaro membalas dengan dua gol iaitu pada minit ke-36 dan 48 untuk mendahului perlawanan.

Ketika kelebihan itu mahu dipertahankan, Max Hately meranapkan impian Malaysia apabila dua menyamakan kedudukan di minit 65. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya