Kiang Meng-Pei Jing teruskan perjuangan dalam Kejohanan Dunia

Kiang Meng-Pei Jing teruskan perjuangan dalam Kejohanan Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tampak komited untuk memastikan penampilan kelima mereka dalam Kejohanan Badminton Dunia membuahkan keputusan positif apabila tidak berdepan melangkah mudah ke pusingan ketiga beregu campuran di Tokyo, hari ini.

Turun sebagai pilihan kelapan, beregu profesional negara itu menyingkirkan pasangan veteran Israel, Misha-Svetlana Zilberman 21-6, 21-5 hanya dalam masa 22 minit.

Mereka kini bakal berdepan beregu tuan rumah, Kyohei Yamashita-Naru Shinoya esok.

LANGKAH Chen Tang Jie-Peck Yen Wei terkandas di pusingan kedua.

Terdahulu satu lagi pasangan negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal apabila disingkirkan pasangan beregu China, Wang Yilyu-Huang Dong Ping.

Biarpun Yilyu-Dong Ping merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, pasangan Malaysia ini tetap memberikan tentangan sengit dan mengheret perlawanan ke set ketiga sebelum akur 14-21, 21-12, 11-21.

Ini bermakna Malaysia akan mempunyai dua wakil dalam saingan beregu campuran esok, termasuk Goh Soon Huat-Shevon Lai yang akan bertemu pasangan England, Jenny Moore-Gregory Mairs yang terkenal dengan saluran Youtube mereka, Badminton Insight. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya