Joo Ee cemerlang di Birmingham

Ng Joo Ee menyinar di Birmingham

AKSI atlet gimmastik berirama negara, Ng Joe Ee dalam aparatus riben di Sukan Komanwel.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet gimmastik berirama negara, Ng Joe Ee mempamerkan aksi berkelas dunia apabila berjaya merangkul dua pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022, sebenar tadi.

Biarpun melakukan penampilan kali pertama di temasya tersebut, namun ia tidak menghalang gimnas berusia 17 tahun itu melengkapkan enam emas yang menjadi sasaran kontinjen negara di Birmingham.

Joe Ee diperolehi emas pertama menerusi aparatus bola selepas mengutip 29.700 markah.

Gimnas Kanada, Suzanna Shahbazian merangkul perak (29.050) manakala Anna Sokolova dari Cyprus gangsa (28.800).

Sasaran emas negara lengkap menerusi aparatus riben apabila Joe Ee sekali lagi memikat juri untuk dinobatkan pemenang emas apabila mencatat 27.800 mata.

Perak menjadi milik gimnas Scotland Louise Christie dengan mengumpul 27.550 mata dan Carmel Kallemaa dari Kanada membawa pulang gangsa (27.500).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.