‘Hukuman’ angkat berat akan dibuang

‘Hukuman’ angkat berat akan dibuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua pingat emas dan satu perak yang dibawa pulang angkat berat dalam Sukan Komanwel di Birmingham setakat ini bakal merubah nasib sukan itu yang sebelum ini ‘dibuang’ daripada program sukan teras.

Jaminan itu diberikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mengakui, sedia mengkaji semula status sukan berkenaan demi memastikan kecemerlangan mereka diteruskan.

KEJAYAAN Aznil Bidin meraih pingat emas dalam 61kg membantu merubah nasib sukan itu untuk kembali dalam program sukan teras.

“Kejayaan Aniq (Kasdan) dan Aznil (Bidin) menghadiahkan dua pi­ngat emas pertama Malaysia dalam Sukan Komanwel di Birmingham membanggakan kem negara.

“Ini mampu menya­kinkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menerima kembali sukan berkenaan (dalam program teras),” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam sempena kejohanan Golf Amatur Terbuka Perak di Kelab Golf Di Raja Perak ( RPGC) semalam.

Selain dua emas yang diraih Aniq dalam acara 55 kilogram (kg) dan Aznil (61kg), angkat berat turut membutirkan perak menerusi Muhammad Erry Hidayat dalam 73kg.

ANIQ Kasdan meraikan kejayaan meraih pingat emas pertama Sukan Komanwel di Birmingham. – AFP

Kata Ahmad Faizal, kemena­ngan ‘badang’ negara itu cukup manis memandangkan sepanjang empat tahun ini, angkat berat melalui tempoh suram, bukan sahaja terpalit dengan isu do­ping, malah skuad kebangsaan digantung bagi membendung masalah tersebut.

“Kita tahu sukan angkat berat diselubungi pelbagai isu tetapi arang yang terconteng itu mampu dicuci dengan kejayaan Aniq dan Aznil,” katanya.

Kata Ahmad Azumu, beliau sendiri akan memberi perhatian kepada angkat berat bagi memastikan sukan itu tidak terpinggir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya