Haaland mampu menang Kasut Emas - Utusan Malaysia

Haaland mampu menang Kasut Emas

ERLING Haaland (tengah) sudah bersedia menyerlahkan kehebatan dalam Liga Perdana Inggeris apabila Manchester City menentang West Ham di London esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ENGLAND: Legenda Arsenal, David Seaman meramalkan penyerang baharu Manchester City, Erling Haaland bakal muncul penjaring gol terbanyak dan penerima anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2022/2023.

“Saya tahu dia (Haaland) terlepas beberapa peluang pada perlawanan hujung minggu (kalah 1-3 kepada Liverpool dalam Perisai Komuniti) tetapi dia berada di tempat yang betul dan pada masa sesuai untuk beberapa perkara.

“Dia seorang pemain yang sentiasa berada di kawasan gawang, dia tidak keluar jauh seperti ­Harry Kane lakukan.

“Saya fikir persaingan akan berlaku antara Haaland dan Kane. Jika Haaland selalu mendapat sepakan penalti untuk City, itu akan menjadi kelebihan.

“Untuk Pemain Terbaik musim, saya rasa Haaland,” kata bekas penjaga gol England itu dalam podcast.

Menurut penerima pertaruhan, Betfair, Haaland menjadi pilihan memenangi Kasut Emas musim ini, namun bintang muda Norway itu dijangka menerima sai­ngan Gabriel Jesus (Arsenal), duo Tottenham iaitu Kane-Son Heung Min serta pasangan ­Liverpool, Mohamed Salah dan Darwin Nunez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya