Enggan ambil vaksin, Djokovic lupakan Terbuka AS

Enggan ambil vaksin, Djokovic lupakan Terbuka AS

NOVAK Djokovic melepasi pusingan pertama Wimbledon.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK Bekas pemain dunia, Novak Djokovic mengesahkan tidak akan beraksi pada kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) kerana tidak mendapatkan vaksin Covid-19.

Peraturan terkini kerajaan AS memerlukan pengembara menunjukkan sijil vaksinasi lengkap sebelum menaiki pesawat dan mahu memasuki negara itu.

“Sedihnya, saya tidak mampu berlepas ke NY (New York) untuk Terbuka AS kali ini.

“Selamat berjaya kepada semua pemain lain! Saya akan terus berada dalam keadaan terbaik dan kekal positif serta menanti peluang untuk bertanding lagi,” tulis Djokovic dalam Twitter.

Pada Februari lalu, juara tiga kali itu turut terlepas untuk mempertahankan gelaran Terbuka Australia selepas dihantar pulang dari negara itu berikutan status vaksinasi.

Persatuan Tenis AS (USTA) menyifatkan ketiadaan Djokovic, 35, sebagai sesuatu yang malang dan menanti kehadirannya di Flushing Meadows, tahun depan.

“Novak adalah juara hebat dan agak malang dia tidak dapat bermain di Terbuka AS 2022, berikutan tidak dibenarkan memasuki negara ini berikutan polisi kerajaan berkaitan vaksin bagi bukan warga AS,” kata Pengarah Kejohanan Terbuka AS, Stacey Allaster dalam satu kenyataan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya