Diugut di media sosial, Perak FC buat laporan polis

Diugut di media sosial, Perak FC buat laporan polis

AHMAD Shahrul Azhar menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Pasir Gudang. - IHSAN PERAK FOOTBALL CLUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bimbang dengan keselamatan pasukan menjelang aksi Liga Perdana menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) malam ini, Perak FC membuat laporan polis selepas pelbagai ugutan tersebar di media sosial sebelum perlawanan bermula.

Laporan itu dibuat oleh Pengarah Teknikal Perak FC yang juga legenda Bos Gaurus, Ahmad Shahrul Azhar di Balai Polis Pasir Gudang.

“Kita buat laporan polis kerana terdapat beberapa isu. Semua untuk keselamatan pasukan kita, itu sahaja.

“Tiada perkara lain, semuanya hanya tentang bola sepak,” kata Ahmad Shahrul dalam video yang dimuat naik oleh Facebook Perak Football Club hari ini.

Tindakan segelintir penyokong Perak yang mencetuskan provokasi dalam aksi terakhir pasukan itu di Kota Bharu, Rabu lalu menyebabkan keadaan bertukar tegang sejurus tamat perlawanan menentang Kelantan FC.

Dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV itu, penyokong Kelantan bertindak memenuhi pintu keluar stadium, malah bas yang membawa pemain serta peminat Perak turut dibaling objek sehingga rosak.

Kelantan FC dalam laporan polis yang dibuat kelmarin mendakwa, provokasi yang dilakukan penyokong Perak, termasuk kencing di belakang tiang gol telah mencetuskan kemarahan peminat The Red Warriors.

Pengurusan Perak FC juga sudah membuat laporan polis pada hari kejadian berlangsung.

Perak yang menang 2-1 dalam aksi di Kota Bharu itu memburu tiga lagi mata apabila menentang JDT II di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, pukul 8.15 malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya