Cheng Hoe sedia bimbing Selangor

Cheng Hoe sedia bimbing Selangor

TAN CHENG HOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC perlu bertindak pantas seandainya ingin mendapatkan khidmat bekas pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bagi membimbing pasukan musim depan.

Ini berikutan perkhabaran terbaharu dinyatakan pengendali berusia 54 tahun itu yang bersedia kembali mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Cheng Hoe yang pernah dinobatkan sebagai jurulatih terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016 kini sedia membuka ‘pintu’ buat mana-mana pasukan untuk mendapatkan khidmatnya.

“Memang ada hasrat untuk kembali membimbing mana-mana pasukan yang berminat, mungkin musim depan memandangkan saingan Liga M musim ini sudah hampir separuh perjalanan.

“Saya sedia untuk kembali kerana memang kerjaya saya sebagai jurulatih. Saya bersedia untuk membimbing pasukan, bukan sahaja Selangor FC tetapi mana-mana pasukan namun setakat ini belum ada sebarang perbinca­ngan rasmi,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Michael Feichtenbeiner

Selepas hampir setahun berehat daripada kancah bola sepak tempatan, nama Cheng Hoe dikaitkan dengan beberapa pasukan antaranya Melaka United, Perak FC dan Selangor FC.

Keputusan Selangor FC menamatkan khidmat Michael Feichtenbeiner sebagai ketua jurulatih pasukan dan digalas sementara Penolong Ketua Jurulatih Selangor, Nidzam Jamil memberikan ruang buat Cheng Hoe kembali seandainya Merah Kuning berhasrat mendapatkannya.

Cheng Hoe sebelum ini pernah membimbing Kedah pada 2014 hingga 2017 dan membantu pasukan itu menjuarai trofi Liga Perdana, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Pengendali berusia 54 tahun itu dianggap sebagai salah seorang jurulatih berpengaruh di Malaysia selepas menjadi pe­ngendali Harimau Malaya sejak 2018 sebelum meletakkan jawatan awal tahun ini ekoran prestasi hambar pada kempen Piala AFF 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya