Ballon d’Or 2022 patut milik Benzema

Ballon d’Or 2022 patut milik Benzema

KARIM BENZEMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pengurus Real Mad­rid, Carlo Ancelotti menyokong Karim Benzema memenangi anugerah Ballon d’Or 2022 selepas bintang Perancis itu meledak gol ketika Los Blancos muncul juara Piala Super Eropah kelmarin.

Jaringan Benzema, 34, pada minit ke-65 dan gol David ­Alaba (minit ke-37) membantu Real menumpaskan Eintracht Frankfurt 2-0.

Kemenangan itu membolehkan Ancelotti mencipta rekod menjadi pengurus pertama memenangi empat Piala Super.

Begitupun, penyokong Real lebih tertarik melihat prestasi cemerlang yang sekali lagi ditonjolkan Benzema.

“Dia (Benzema) seorang pemimpin.

“Jika kami berada di sini (menjulang trofi), ia sebahagian besar kerana dia. Dia menjaringkan banyak gol.

“Anugerah Ballon d’Or? Saya tidak fikir sesiapa pun akan menafikan dia paling ­layak memenanginya.

“Bagi kami dia pemain pa­ling penting dan cekap di dunia ketika ini,” kata Ancelotti.

Menurut pengendali kelahiran Itali itu, sumbangan yang diberikan Benzema bukan ­kecil.

“Dia penting ketika kami memenangi Liga Juara-Juara. Dia tidak menjaringkan gol pada perlawanan akhir tetapi dengan jaringannya, kami bermain di final.

“Dia menjaringkan gol ketika menentang Manchester City, Chelsea dan Paris Saint-Germain.

“Dia sangat penting untuk kami, tidak syak lagi bahawa pada masa ini dia adalah yang terbaik,” katanya.

Benzema menjaringkan 44 gol dalam 46 perlawanan untuk Real dalam semua pertandingan sepanjang musim 2021/2022, sekali gus membawa kelab itu menjulang gelaran La Liga dan Liga Juara-Juara.

Ramai menyifatkan dia antara pemain terbaik dunia, tetapi hanya menduduki tempat keempat dalam undian Ballon d’Or 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya