Anson, Jin Xuan juara golf Amatur Terbuka Perak

Anson, Jin Xuan juara golf Amatur Terbuka Perak

ANSON Yeo Boon Xiang (kiri) dan Ng Jing Xuan bersama trofi kejuaraan Kejohanan Golf Amatur Terbuka Perak 2022 di Royal Perak Golf Club di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Anson Yeoh Boon Xiang dan Ng Jin Xuan masing-masing muncul juara lelaki serta wanita kejohanan golf Amatur Terbuka Perak ke-64 di Kelab Golf Diraja Perak (RPGC), Ipoh hari ini.

Anson mengatasi tekanan dari pencabarnya pada hari akhir untuk memastikan gelaran miliknya dengan catatan dua bawah par 70 untuk mengumpul jumlah 208 pukulan.

Turun dengan kelebihan dua pukulan di pusingan akhir, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Kuching itu mengekalkan persembahan baiknya untuk menafikan cabaran rakan senegeri, Malcolm Ting Siong Hung dengan satu pukulan.

Bagi kejayaannya itu, Anson memenangi RM4,000, manakala Malcolm terpaksa akur dengan RM3,000.

Malcolm bermain baik untuk membuat tiga birdie bagi mencatat 3 bawah par 69 bagi mengumpul jumlah 209 pukulan.

Ikhmal Basry dari Wilayah Persekutuan menduduki tempat ketiga dengan catatan satu atas par 73 untuk mengumpul jumlah 214 pukulan sekaligus meraih RM2,000.

“Saya cuba bermain sebaik mungkin bagi memastikan dapat kengekalkan kedudukan.

“Bagaimanapun tekanan tetap dirasakan menyaksikan saya hilang tumpuan terutama di beberapa lubang awal.

“Mujur saya berjaya bangkit untuk mengekalkan kedudukan selaku pendahulu sekaligus meraih gelaran besar pertama saya.

“kejayaan ini memberi saya keyakinan bagi menghadapi kejohanan seterusnya khususnya Terbuka Negeri Sembilan nanti,” kata Anson.

Sementara itu, Jin Xuan mencatat dua bawah par 70 untuk memastikan gelaran miliknya.

Pelajar dari Wilayah Persekutuan itu mengumpul jumlah 209 pukulan untuk mengatasi Mirabel Ting yang juga pilihan utama, dengan satu pukulan.

Tempat ketiga menjadi milik Ng Yu Xuan dari Wilayah Persekutuan yang mencatat satu bawah par 71 untuk jumlah 212. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.