Andersen terima ancaman bunuh, mesej kesat

Andersen terima ancaman bunuh, mesej kesat

JOACHIM Andersen (kiri) menerima pelbagai ugutan di media sosial kerana Darwin Nunez dibuang padang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Joachim Andersen menerima lebih 400 mesej kesat di Instagram, termasuk ancaman bunuh yang menakutkan selepas dia menyebabkan penyerang Liverpool, Darwin Nunez dibuang, Isnin lalu.

Nunez, 23, dilayangkan kad merah oleh pengadil, Paul Tierney selepas menanduk pertahanan Crystal Palace tersebut ketika kedua-dua pasukan seri 1-1 di Anfield dalam aksi Liga Perdana ­Inggeris.

Ketika itu, Palace mendahului perlawanan 1-0 hasil jaringan Wilfried Zaha pada babak pertama, namun Reds menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan hebat Luis Diaz.

Sejurus tamat perlawanan, Andersen menyeru pihak Liga Perdana dan Instagram mengambil tindakan terhadap mesej yang diterimanya.

“Saya mendapat mungkin 300 hingga 400 mesej dengan kata-kata kesat malam tadi.

“Saya faham anda menyokong pasukan tetapi hormatilah saya dan berhenti bertindak keras di laman sosial,” katanya.

Andersen kemudian me­nunjukkan beberapa tangkapan skrin mesej (amaran, mengandungi bahasa yang keras dengan ancaman kematian).

“Saya akan bunuh awak. Awak dan keluarga awak. F*** awak esok. Jumpa awak dan awak akan mati.”

“Anda menjerit, menolak dan tunjuk kepada seseorang tetapi jatuh seorang yang bodoh, menyedihkan apabila mereka terpaksa berdiri mengelilingi anda. Macam budak kecil.”

“Saya harap anda mempunyai umur yang panjang dan menghadapi kesakitan termasuk kepada keluarga anda.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN