Stadium Kuala Lumpur sedia jadi ‘rumah’ Malaysia

Stadium Kuala Lumpur sedia jadi ‘rumah’ Harimau Malaya

KEADAAN Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur yang mendapat pengiktirafan AFC dan digunakan pada Piala AFC baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Daripada beraksi ‘gah’ di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) yang mampu menampung hampir 100,000 penonton, skuad Harimau Malaya mungkin beralih ke stadium lebih ‘comel’ dengan kapasiti sekitar 20,000 penonton tetapi menjanjikan rumput berkualiti.

Jika sebelum ini SNBJ menjadi gelanggang rasmi Harimau Malaya tetapi de­ngan proses naik taraf stadium yang dijalankan ketika ini, alternatif yang ditawarkan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (Stadium Cheras) memberi kelegaan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menganjurkan aksi persahabatan mahupun perlawanan.

Kejayaan penganjuran Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bulan lalu, yang mana Kuala Lumpur City (KL City) menjadi tuan rumah peringkat kumpulan membuktikan ke

“Saya rasa dari sudut itu (ve­nue alternatif kepada Harimau Malaya) kita bersedia menganjurkan mana-mana kejohanan untuk kejohanan peringkat Asia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard.

Menurut Stanley, pihaknya menerima maklum balas positif daripada AFC berhubung langkah diambil bagi memastikan keadaan padang serta aspek pencahayaan menghampiri pia­waian ditetapkan semasa kempen Piala AFC 2022

Selain itu katanya, bagi memastikan stadium bersedia menganjurkan kejohanan besar pada masa akan datang, pihak­nya mewujudkan sebuah jawatankuasa sebagai usaha menjadikan kemudahan di venue berkenaan bertaraf elit.

Jaminan dan sokongan padu serta keyakinan sama juga diberikan Arcadin Services Sdn. Bhd. selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap stadium.

Ketua Pegawai Eksekutif Arcadin, Afizal Abu Othman berkata, mereka bersedia menerima kehadiran Harimau Malaya di Stadium Cheras.

“Selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap stadium, kita akan melaksanakannya,” tegasnya.

Sebelum ini difahamkan FAM mungkin memilih stadium di luar Lembah Klang sebagai lokasi aksi Piala AFF jika penggunaan SNBJ tidak mendapat kelulusan daripada AFC bagi melangsungkan dua aksi Piala AFF hujung tahun ini.

Keadaan ini ekoran isu rumput dan air bertakung di padang ketika kempen Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023, Jun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya