Sejarah Wimbledon sudah tercipta

Sejarah Wimbledon sudah tercipta

Elena Rybakina
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Apa pun bakal berlaku dalam final perseorangan wani­ta hari ini, sejarah Wimbledon sudah pun dilakar Ons Jabeur dan Elena Rybakina yang akan berentap memburu kejuaraan Grand Slam pertama mereka.

Pemain No. 2 dunia, Jabeur dari Tunisia muncul wanita ­Afrika dan Arab pertama dalam era tenis moden berjaya ke sai­ngan akhir Grand Slam selepas menumpaskan rakan baiknya, Tatjana Maria dari Jerman 6-2, 3-6, 6-1.

Rybakina, 23, pemain kelahiran Russia tetapi mewakili Kazakhstan turut melangkah ke final Grand Slam pertama selepas mengejutkan juara 2019, Simona Halep dari Romania 6-3, 6-3.

“Saya seorang wanita Tunisia yang bangga berdiri di sini. Ia impian menjadi kenya­taan.

ONS JABEUR 

“Saya gembira segala-gala­nya membuahkan hasil dan akan meneruskan satu lagi perlawanan,” kata Jabeur, 27, yang menang dua daripada tiga pertemuan terakhir dengan ­Rybakina.

Sementara itu, Rybakina mengakui, dia mengejutkan dirinya sendiri dengan melangkah ke perlawanan akhir.

“Saya langsung tidak menjangkakan mampu ­beraksi sehingga minggu kedua, apatah lagi bermain di final.

“Saya sentiasa percaya, satu hari nanti saya akan memenangi gelaran Grand Slam tetapi sudah tentu berada di perlawanan akhir Wimbledon sesuatu yang mengejutkan diri saya sendiri,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya