Sang Kenari patah sayap

Sang Kenari patah sayap

AIDIL Sharin Sahak bersama pasukan Kedah tiba di Cheras semalam untuk berdepan Kuala Lumpur dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam ini. - IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bukan satu atau dua tetapi sembilan tonggak Kedah tidak dapat diturunkan dalam aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur City (KL City) malam ini akibat kecede­raan dan masalah kesihatan, sekali gus membuatkan pengendalinya, Aidil Sharin Sahak ‘sakit kepala’.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan jangkitan Influenza A yang dialami Aidil menyebabkan beliau terpaksa menjalani kuarantin kendiri dan terlepas beberapa sesi latihan.

Bagaimanapun, pengendali dari Singapura itu lega, beliau menjalani proses pemulihan yang baik dan tidak berdepan masalah untuk bersama dengan anak-anak buahnya di tepi padang hari ini.

“Antara pemain yang mungkin terpaksa diketepikan kerana tidak sihat adalah Al-Hafiz Harun, Akmal Zahir serta Mohd. Heshamudin Ahmad.

“Selain itu Mohammad Fayadh Mohd. Zulkifli, Amirul Azhan Aznan serta Azamuddin Akil juga tidak dapat beraksi akibat kecederaan,” kata Aidil kepada Utusan Malaysia semalam.

Sebelum ini, dua pemain import iaitu Dechi Marcell serta Marc Vales turut disahkan tidak dapat beraksi untuk jangka panjang akibat kecederaan dialami.

Ketika ini, peminat Kedah amat mengharapkan pasukan mereka mampu mencatat keputusan baik di ibu kota selepas kembali bangkit membenam Sarawak United FC 3-1 di laman sendiri minggu lalu.

Sebelum kemenangan ke atas Sarawak United, langkah Kedah suram apabila gagal meraih tiga mata penuh dalam lima perlawanan berturut-turut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya