Pemain Jerman bakal raih bonus RM274,000 seorang

Pemain Jerman bakal raih bonus RM274,000 seorang

PEMAIN Jerman melakukan persiapan terbaik untuk menghadapi Perancis pada separuh akhir Euro Wanita 2022 esok. – IHSAN DFB-FRAUEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pemain Jerman bakal menikmati bonus 60,000 euro (RM274,000) seorang jika berjaya menjulang trofi Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) Wanita 2022.

Begitupun, Jerman yang merupakan pasukan pilihan untuk mara ke final perlu melepasi cabaran Perancis pada separuh akhir di Stadium MK, England esok.

Rekod hebat dimiliki skuad kendalian Martina Voss-Tecklenburg yang muncul satu-satunya pasukan belum dibolosi dalam saingan kali ini.

Jentera serangan Jerman juga cukup ampuh meledak 11 gol setakat ini.

Tidak mahu pulang dengan kecewa, penyerang Jerman, Alexandra Popp mahu memastikan penampilan pertamanya berakhir dengan kejayaan selepas dua kali terlepas kejohanan berkenaan susulan kecederaan.

“Kami akan berjuang habis-habisan dan tidak mahu pulang dengan kekecewaan.

“Perancis merupakan pasukan yang bagus dan kami sedar akan berdepan cabaran yang sukar.

“Segala persiapan telah dilakukan dan jurulatih telah mengenal pasti strategi terbaik untuk mengatasi Perancis. Dua edisi saya tidak bermain kerana kecederaan dan kali ini saya tidak mahu pulang dengan tangan kosong.

“Bagaimana perasaan menjulang piala? Ia satu pelan yang menarik,” kata Popp yang membantu Jerman memena­ngi pingat emas Olimpik di Rio 2016 dan merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara Wanita bersama Wolfsburg.

Die Nationalelf adalah juara Euro lapan kali pada 1989, 1991, 1995, 1997, 2001, 2005, 2009 dan 2013, mereka juara pernah merangkul Piala Dunia 2007 dan 2003. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya