Nadal terpaksa lupakan Wimbledon

Nadal tarik diri dari Wimbledon akibat kecederaan perut

RAFAEL Nadal menarik diri pada separuh akhir Wimbledon akibat koyak otot perut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Harapan Rafael Nadal untuk melengkapkan kalendar Grand Slam berkecai selepas jaguh tenis Sepanyol itu menarik diri daripada separuh akhir Wimbledon yang sepatutnya berlangsung malam ini akibat kecederaan perut.

Nadal memenangi Terbuka Australia serta Perancis berturut-turut tahun ini, dan berada di landasan untuk menjadi pemain pertama sejak Rod Laver pada 1969 melengkapkan empat gelaran Grand Slam pada tahun yang sama.

“Malangnya, saya terpaksa menarik diri daripada kejohanan.

“Seperti yang semua orang lihat semalam (suku akhir), saya mengalami sakit perut. Saya tahu ada sesuatu yang tidak baik di sana. Selepas disahkan, saya mengalami koyakan pada otot perut.

“Saya berfikir sepanjang hari tentang keputusan yang perlu dibuat,” kata Nadal yang tampak amat kecewa ketika membuat sidang akhbar hari ini.

Dengan penarikan diri juara dua kali itu, Nick  Kyrgios, 27, yang sepatutnya ditentang hari ini meraih kemenangan percuma, sekali gus menjadi pemain Australia pertama mara ke final perseorangan lelaki di Kelab All England sejak Mark Philippoussis pada 2003.

Bapa dan kakak Nadal menggesanya untuk menarik diri pada pertengahan perlawanan menentang pemain Amerika Taylor Fritz di suku akhir semalam tetapi dia tidak mengendahkan rayuan untuk meraih kemenangan luar biasa dalam masa empat jam 20 minit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN