MANCHESTER: Manchester United mengumumkan pembelian pertahanan Ajax, Lisandro Martinez (Gambar) dengan nilai 55 juta pound (RM243 juta).
Red Devils menewaskan Arsenal yang turut berminat mendapatkan tanda tangan bek tengah itu.
Martinez, 24, bermain di bawah bos Erik ten Hag selama tiga tahun di Amsterdam dan kini akan bergabung dengannya di Old Trafford.
Arsenal membuat bidaan awal 34 juta pound (RM151 juta) sebelum United datang dengan tawaran yang lebih baik 40 juta pound (RM177 juta).
Akhirnya United dapat menyelesaikannya dengan membayar yuran awal 46.8 juta pound (RM207 juta) sebelum meningkat 55 juta pound (RM243 juta) dengan tambahan.
Perjanjian itu masih tertakluk kepada syarat perubatan, peribadi dan keperluan visa United Kingdom (UK) walaupun difahamkan Martinez akan menandatangani perjanjian gaji bernilai 120,000 seminggu (RM531,000).
Perbelanjaan musim panas Red Devils tidak akan berakhir dengan Martinez, kerana Ten Hag berhasrat untuk bersatu semula dengan seorang lagi bekas bintangnya.
United terdesak untuk menandatangani bekas pemain Ajax Barcelona, Frenkie de Jong. – AGENSI