Malaysia mampu bawa pulang tujuh emas

Malaysia mampu bawa pulang tujuh emas

ISMAIL Sabri Yaakob menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham, Datuk Shahrul Zaman Yahya (depan kiri) sebagai simbolik menjelang temasya Birmingham XXII di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun kontinjen Malaysia merendahkan sasaran daripada tujuh kepada enam pingat emas, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin, atlet negara mampu meraih tujuh emas dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Biarpun pencapaian terbaik Malaysia dalam temasya empat tahun sekali itu adalah 12 emas yang dilakukan di New Delhi pada 2010, namun pulang bersama tujuh emas mampu menyamai kejayaan yang dilakar di Gold Coast pada 2018.

“Saya dan seluruh Keluarga Malaysia berharap agar kita dapat mencapai sasaran bilangan pingat yang sudah disasarkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di temasya itu nanti.

“Saya menaruh keyakinan tinggi bahawa sasaran pingat negara dapat dicapai menandingi bilangan tujuh emas yang pernah dimenangi jaguh-jaguh kita semasa Sukan Komanwel 2018 Gold Coast, Australia.

“Kalah menang sebenarnya adat pertandingan tetapi tunjukkanlah kepada dunia semangat perjuangan anak-anak Malaysia. Semangat Harimau Malaya yang sebenar-benarnya,” katanya upacan ketika menyerahkan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini, hari ini.

 

ISMAIL Sabri Yaakob dan Ahmad Faizal Azumu beramah mesra dengan atlet para yang bakal beraksi dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Selain itu, Ismail Sabri turut mengingatkan atlet agar menjaga nama baik negara sepanjang temasya 28 Julai hingga 8 Ogos itu mereka bertanding mewakili rakyat negara ini.

“Saya juga ingin berpesan buat atlet negara, pemergian anda ke Birmingham bukan sekadar mewakili diri sendiri, mewakili seluruh rakyat, wakili Negara Malaysia. Ini adalah perjuangan untuk Malaysia, harumkan nama Malaysia di Birmingham.

“Berjuanglah sebaik-baiknya kerana anda mampu mengharumkan nama negara dan pastikan lagu Negaraku berkumandang di bumi England. Saya yakin lagu Negaraku akan berkumandang dan Jalur Gemilang akan dikibarkan,” katanya.

Turut hadir Menteri belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ketua Kontinjen  Malaysia (CDM), Datuk Shahrul Zaman Yahya; Timbalan CDM, Monteiro Gerard Claire dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya