Malaysia mahu perkasakan bola sepak wanita

Malaysia mahu perkasakan bola sepak wanita

HAMIDIN Mohd. Amin (kiri) ketika menghadiri Simposium Pemerkasaan Wanita sempena Ulang Tahun ke-20 EAFF di Tokyo semalam. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Memperkasakan bola sepak wanita dan meletakkan skuad negara di peta antarabangsa bakal menjadi misi baharu baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin yang hadir ke Simposium Pemerkasaan Wanita yang diadakan sempena Ulang Tahun ke-20 Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (EAFF) di Tokyo, Jepun semalam berkata, pemerkasaan bola sepak wanita harus bermula di peringkat akar umbi.

Katanya, kehadiran beliau di Jepun memberi peluang buatnya mengenalpasti ciri-ciri kepimpinan kejurulatihan bola sepak wanita bagi memartabatkan lagi Malaysia ke peringkat lebih baik.

“Kita perlu memperbaiki Malayan Tigress, pasukan ini perlu diperkemas agar terus mengaum dan gerakan ini perlu dimulakan segera dari bawah terutama di peringkat akar umbi dan kejurulatihan.

“Bagaimanapun seperti yang dibentangkan di simposium ini, gerakan memperkasakan bola sepak wanita perlukan kerjasama dan sokongan semua pihak terutama dalam pendedahan di media,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Hamidin, perbezaan ketara antara bola sepak lelaki dan wanita cukup ketara dan beliau mahu jurang itu dikecilkan.

“Berdasarkan simposium pembentangan oleh Pengerusi WE League Jepun, Kikuko Okajima mendapati indeks jurang perbezaan jantina di Malaysia agak tinggi ialah 103.

“Kita juga perlu memperbaiki cara dalam menaikkan lagi bola sepak wanita, terutama dari segi promosi dan laporan oleh media tempatan.

“Okajima mengambil contoh terbaik bola sepak wanita di negara USA dan Sepanyol,” katanya.

Selain menghadiri simposium itu, Hamidin turut berada di Tokyo bagi menyantuni undangan EAFF sempena Ulangtahun ke-20 Persekutuan itu dan menyaksikan perlawanan kejohanan EAFF E-1. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya