Kotak Pandora’ sudah terbuka - Klopp

‘Kotak Pandora’ sudah terbuka

NUNEZ mula menemui sentuhan dalam dua penampilan terakhir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEIPZIG, Jerman: Jurgen Klopp berkata, ‘kotak Pandora’ sudah terbuka apabila bintang baharu Liverpool, Darwin Nunez meledak empat gol ketika Reds membenam RB Leipzig 5-0 dalam aksi persahabatan, semalam.

Liverpool membeli Nunez daripada Benfica bulan lalu dengan yuran 100 juta euro (RM455.89 juta), namun pemain itu gagal memenuhi harga mahal itu dalam beberapa aksi sebelum ini.

Penyerang Uruguay itu yang meledak 34 gol musim lalu, dikritik penyokong selepas gagal menemui sasaran dalam dua perlawanan pramusim menentang Manchester United dan Crystal Palace.

Begitupun, segalanya berubah di Stadium Red Bull Arena apabila Nunez masuk sebagai gantian ketika Liverpool mendahului 1-0 dengan menja­ringkan penalti serta meledak tiga lagi gol.

“Mo (Mohamed Salah) membenarkan Darwin mengambil penalti dan Darwin, kemudian menjadi kotak Pandora yang sudah terbuka.

“Ia sudah tentu malam sempurna buatnya.

“Mereka semua manusia biasa dan sentuhan pertama tidak sempurna tetapi generasi sekarang gemar membaca media sosial dan ia sebenarnya tidak bagus.

“Dengan prestasi seperti ini, ia cara terbaik untuk menghentikan semua kata-kata negatif terhadapnya.

“Dia penyerang berbeza dengan apa yang kami ada dan dia seorang pemain yang ­sangat bagus,” kata Klopp.

Nunez, 23, dijangka menjadi pemain utama skuad Klopp selepas pemergian bintang penyerang Senegal, Sadio Mane ke Bayern Munich. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN