Ketiadaan Syazwan rencat aksi Kedah

Ketiadaan Syazwan rencat aksi Kedah

AKSI pemain Terengganu, Faisal Abdul Halim ketika melakukan percubaan menentang Kedah pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pengendali Kedah Darul Aman (KDA), Aidil Sharin Sahak mengakui, ketiadaan Mohd. Syazwan Zainon merencatkan aksi pasukan itu sehingga tumpas 0-1 kepada Terengganu FC (TFC) pada pusingan kedua Piala FA malam tadi.

Menurut jurulatih kelahiran Singapura itu, kelibat ketua pasukan KDA itu terpaksa diketepikan dari kesebelasan utama selepas mengalami kecederaan ketika sesi latihan terakhir sebelum perlawanan.

“Kami diberikan padang ‘terbaik’ oleh TFC dan Syazwan mengalami kecederaan buku lali. Dia cuba mempertaruhkan pemain itu, namun terpaksa digantikan dengan Al Hafiz (Harun) di saat-saat akhir.

“Pertukaran itu menjejaskan perancangan kami, Al Hafiz pemain yang baik dan laju tetapi Syazwan lebih berpengalaman untuk KDA mendominasi 90 minit permainan.

 

KETIADAAN Syazwan Zainon merencatkan perancangan Kedah.

“Pemain-pemain sudah memberikan segalanya tetapi nasib tidak menyebelahi KDA dan kami juga tiada ‘kemewahan’ seperti TFC yang boleh memilih ramai pemain tempatan dan import,” katanya.

Tambah Aidil lagi, dia yakin penyingkiran KDA daripada saingan Piala FA tidak akan menjejaskan moral pasukan itu untuk mengharungi baki musim ini dalam saingan Liga Super dan Piala AFC.

“Pemain-pemain saya adalah pejuang, saya yakin mereka akan kembali bangkit untuk mempamerkan prestasi lebih baik bertemu TFC dalam saingan liga minggu depan.

“Saya percaya kemampuan pasukan ini dan sudah menjadi tugas saya meningkatkan semula motivasi pemain-pemain,” ujar Aidil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN