Kaki dipijak, pengadil tidak sengaja tendang pemain

Kaki dipijak, pengadil tidak sengaja tendang pemain

INSIDEN pengadil yang menyepak Fazly Mazlan dalam aksi Piala FA antara Sabah dan Selangor di Stadium Likas, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasil penelitian dan siasatan Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil Persa­tuan Bolasepak Malaysia (FAM) merumuskan pengadil, Suhaizi Shukri tidak mempunyai niat ketika menyepak pemain Sela­ngor FC, Fazly Mazlan.

Insiden yang berlaku pada suku akhir Piala FA antara Sabah menentang Selangor di Stadium Likas, Sabtu itu hanyalah tindak balas spontan daripada pengadil berkenaan.

Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar berkata, pengadil tersebut sudah memohon maaf kepada pemain, FAM, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Jawatankuasa

Pengadil FAM dan peminat bola sepak tanah air atas kejadian yang tidak disengajakan.

SAIFUDDIN ABU BAKAR

“Pada minit ke-45, pemain dari Selangor FC iaitu Fazly Mazlan dilayangkan kad kuning kerana tidak menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dengan kesalahan mengganggu atau menggagalkan serangan yang baik pihak lawan iaitu Sabah FC.

“Seterusnya pemain ber­ke­naan bergerak ke arah pengadil perlawanan dengan melakukan bantahan, seterusnya memijak kaki pengadil.

“Ini membuatkan pengadil berkenaan tidak dapat menahan kesakitannya, lantas secara spontan mengangkat kaki yang kebetulan ditujukan ke arah kaki pemain Selangor FC itu.

“Bagaimanapun, pergerakan kaki pengadil tidak berkesudah­an dengan sebarang sentuhan terhadap pemain terbabit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya