Jazeman harap tuah di Fuji berulang

Jazeman harap tuah di Fuji berulang

AZEMAN Jaafar sewaktu beraksi dalam perlumbaan pusingan kedua pada Grand Prix Dunia Cabaran Asia di Litar Suzuka, Jepun, minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelumba empat roda negara, Jazeman Jaafar yang kini berada di Jepun bagi menyertai Grand Prix Dunia Cabaran Asia, amat mengharapkan tuah berlumba di Fiji International Speedway berpihak kepadanya menjelang saingan hujung minggu ini.

Jazeman yang pernah menjuarai perlumbaan Kejohanan Endurance Dunia FIA 2018 bagi kategori LMP2 di litar sama mensasarkan untuk sekurang-kurangnya melengkapkan perlumbaan dalam kedudukan lima terbaik.

“Saya amat gemarkan litar di Fuji, saya mempunyai kenangan manis di litar itu. Saya berharap perlumbaan yang kini memasuki pusingan ketiga berpihak kepada pasukan yang saya wakili,” katanya dalam sidang akhbar atas talian di sini, hari ini.

 

Sewaktu aksi hujung minggu lalu di Litar Suzuka, Jazeman yang mewakili pasukan Triple Eight JMR dan bergandingan dengan Tengku Abu Bakar Ibrahim melengkapkan saingan di tempat kesembilan dalam perlumbaan pertama, manakala pada saingan kedua sekadar di kedudukan ke-12 setelah terbabit dalam kemalangan.

“Jadi, selepas apa yang berlaku di Suzuka, saya berharap aksi di Fuji, kami dapat mempamerkan persembahan yang lebih mantap dengan pelarasan jentera lebih bagus,” ujarnya.

Menurut Jazeman, dia dan Tengku Abu Bakar perlu waspada terhadap persaingan sengit yang diberikan oleh pasukan tempatan yang jelas cukup handal beraksi di laman sendiri.

 

Jelasnya, pasukan Porche, BMW dan Lamborghini sangat kuat, jadi, mereka perlu bekerja keras untuk mengelak kesilapan yang tidak diingini berlaku.

“Pelumba tempatan merupakan ancaman terbesar kami dan satu lagi halangan ialah penggunaan tayar Pirelli yang agak sensitif, kami perlu bijak dalam mengendalikan tayar,” tambahnya.

Selain itu, Jazeman dan rakan sepasukan turut perlu berdepan cabaran cuaca yang sangat panas dan kering di Jepun.

“Cuaca yang panas dan kering ini menyebabkan saya berpeluh banyak ketika berada dalam kereta, keadaan dalam kereta sangat bahang dan tidak selesa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya