Chelsea sedia ‘cantas’ De Jong daripada United

Chelsea sedia ‘cantas’ De Jong daripada United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea memantau rapat situasi Frenkie de Jong di Barcelona dan bersedia mengambil tindakan drastik jika perpindahan bintang tengah Belanda itu ke ­Manchester United berdepan masalah.

De Jong, 25, hampir pasti akan keluar dari Camp Nou musim panas ini setelah Red Devils dikhabarkan bersetuju membayar 65 juta pound (RM3.46 bilion).

Pengendali United, Erik ten Hag adalah peminat terbesar pemain itu kerana melatih De Jong di Ajax sebelum ini.

De Jong dikatakan terbuka untuk berpindah ke Old Trafford walaupun sebelum ini mengakui tidak tergesa-gesa me­ninggalkan Barcelona.

Gergasi Sepanyol itu dilaporkan perlu mengumpul dana bagi membawa masuk pemain baharu pada jendela perpindahan selepas semakin hampir membeli Raphinha dari Leeds United.

Leeds menerima tawaran 55 juta pound (RM2.93 bilion) daripada Blues awal minggu ini, namun Chelsea gagal bersetuju dengan syarat peri­badi pemain sayap itu setelah mengetahui Raphinha lebih gemar ke Sepanyol berban­ding London.

Bek tengah Juventus, ­Matthijs de Ligt yang dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea mampu menjadi faktor penentu kepada keputusan De Jong ­ke­rana mereka mempunyai hubungan akrab dalam skuad Belanda.

Chelsea serius mahu menguatkan bahagian ­tengah ke­rana menyedari dua pemain mereka, N’Golo Kante dan Jorginho tidak lagi muda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN