Chelsea lupakan Ronaldo selepas dapat Sterling

Chelsea lupakan Ronaldo selepas dapat Sterling

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea tidak lagi berminat mendapatkan Cristiano Ronaldo dari Manchester United selepas pemilik baharu, Todd Boehly mengadakan perbincangan dengan pengurus pasukan, Thomas Tuchel.

Blues menghentikan minat untuk memikat Ronaldo selepas melengkapkan proses menandatangani Raheem Sterling.

Ronaldo yang mempunyai baki kontrak 12 bulan di Old Trafford cuba mencari pasukan yang bermain di Liga Juara-Juara Eropah, dan Chelsea dilihat destinasi terbaik.

Pengendali baharu United, Erik ten Hag berkeras tidak mahu melepaskan Ronaldo walaupun kapten Portugal itu tidak bersama pasukan ketika jelajah pramusim di Thailand dan Australia.

Ronaldo, 37, dikatakan cuba mencari kelab elit lain dengan Paris Saint-Germain (PSG) dan Bayern Munich turut mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat bintang veteran itu.

Kepulangan ke Serie A juga masih satu pilihan buat Ronaldo, dan masa semakin suntuk buat pemain Portugal itu untuk mencari pasukan dalam kelompok terbaik Eropah.

Laporan di Portugal pula mendakwa sebuah kelab dari Arab Saudi telah mengemukakan tawaran lumayan kepada pemenang lima anugerah Ballon d’Or itu, namun Ronaldo lebih memilih untuk kekal di Eropah dan bersaingan dalam Liga Juara-Juara Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya