Belanda tidak gentar berdepan Perancis

Belanda tidak gentar berdepan Perancis

PEMAIN Belanda meraikan kejayaan melangkah ke suku akhir Euro 2022 Wanita selepas menumpaskan Switzerland 4-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan C, Euro 2022 Wanita di Stadium Bramall Lane, Sheffield semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Belanda bakal membuat perhitungan dengan Pe­rancis di suku akhir Kejuaraan Eropah (Euro) Wanita 2022 selepas Sweden menafikan hajat juara bertahan itu menguasai puncak Kumpulan C semalam.

Kedua-dua pasukan itu memenangi perlawanan terakhir peringkat kumpulan masing-masing dengan berkongsi tujuh mata tetapi Sweden memiliki kelebihan dua gol ke atas Belanda sekali gus mara ke peringkat lapan terbaik sebagai juara Kumpulan C.

Pada aksi terakhir kumpulan, Sweden membelasah Portugal 5-0 sementara Belanda menang 4-1 ke atas Switzerland.

Keputusan itu menyaksikan juara bertahan, Belanda meniti laluan sukar apabila turun menentang Perancis yang menewaskan mereka 3-1 pada Februari lalu.

Bagaimanapun, jurulatih Belanda, Mark Parsons menafikan anak buahnya berdepan laluan sukar dan optimis pasukannya mampu mengatasi ­Perancis.

Tanpa penyerang utama, ­Vivianne Miedema untuk perlawanan kedua berturut-turut kerana positif Covid-19, Belanda tetap mampu mara ke peringkat seterusnya.

 

“Kami akan menentang lawan yang besar tetapi mereka (Perancis) juga berdepan situasi sama. Saya tidak fikir mereka mahu bermain ­dengan kami.

“Keputusan itu (tewas kepada Perancis) bukan seperti yang kami mahukan tetapi kami berkata bahawa apabila kami kembali menentang mereka, kami yakin akan menjadi lebih baik,” ujar Parsons.

Sementara itu, Sweden menantikan cabaran daripada naib juara daripada Kumpulan D tatkala peluang Itali, Iceland dan Belgium belum tertutup selepas Perancis hampir pasti mengungguli kumpulan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN